muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Selasa, 5 November 2013

PANAS : DAKWAAN SALAH LAKU PEGUAM NEGARA




Tiga bulan lalu, seorang bekas pengawai tinggi polis menerima satu panggilan telefon mengejutkan semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri, yang menggesa beliau menghadiri pertemuan dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Panggilan tersebut dibuat oleh peguam yang dikaitkan dengan Umno, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala bekas pegawai tinggi polis yang dimaksudkan adalah bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Mat Zain Ibrahim.

Rentetan itu, Mat Zain bertemu dengan Shafee pada 10 Ogos di pejabat yang juga merupakan kediaman peguam tersebut di kawasan elit Bukit Tunku.

Dalam pertemuan tersebut, kedua-duanya berbincang mengenai dakwaan “salah laku” Peguam Negara Tan Sri Gani Patail, termasuk isu yang mendapat perhatian umum seperti kes Batu Puteh – pulau di perairan Johor yang kini jatuh ke tangan Singapura selepas kes itu berlarutan ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2008.
Beberapa jam kemudian, Mat Zain dan Shafee mengadakan pertemuan dengan Mahathir di Country Heights, Kajang. Bekas perdana menteri itu nampaknya baru saja pulang dari Kedah.

Turut menyertai pertemuan itu adalah bekas setiausaha politik Mahathir, Matthias Chang dan bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk Ramli Yusuff, yang turut memaklumkan kepada Mahathir mengenai masalahnya dengan Gani.

Perbincangan semasa pertemuan dalam suasana sambutan Hari Raya itu tertumpu kepada dakwaan salah laku Gani.

Ia bermula dengan kes mata lebam Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang mana Mat Zain merupakan pegawai penyiasatnya. Bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor disabitkan kesalahan dalam kes tersebut dan dipenjarakan.
Liwat I
Mat Zain memberitahu Mahathir bahawa beliau menemui pemalsuan bukti yang didakwa dilakukan oleh Gani seamsa siasatannya.

Gani pada masa itu merupakan salah seorang dari pendakwa utama kerajaan yang menangani kes Liwat I dan dakwaan penyalahgunaan kuasa Anwar.

Dakwaan pemalsuan bukti itu berlaku apabila Gani mengemukakan seorang ahli patologi Dr Abdul Rahman Yusoff sebagai saksi dan memberitahu mahkamah bahawa Anwar mendakwa kecederaan itu mungkin dilakukannya sendiri.

Perkara ini bertentangan dengan beberapa lagi laporan perubatan.

Susulan itu, satu suruhanjaya siasatan diraja dibentuk untuk menyiasat kes mata lebam tersebut, di mana Abdul Rahim kemudiannya didapati telah menumbuk Anwar.

Anwar membuat laporan polis pada 2008 – 10 tahun selepas kejadian tersebut – ke atas Gani dan bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan yang menjadi penyiasast dalam kes liwat Anwar.

Satu jawatankuasa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terdiri dari bekas hakim kanan kemudiannya dibentuk untuk menyiasat dakwaan tersebut dan membebaskan Gani dan Musa dari tuduhan salah laku dan memalsukan bukti yang dibuat ke atas mereka.

Dalam perbincangan semasa Hari Raya dengan Mahathir itu, Shafee bersetuju bahawa pelantikan jawatankuasa SPRM dibuat dengan tidak mengikut undang-undang yang sah, dan hanya satu tribunal yang boleh membebaskan AG atau IGP dari sebagai tuduhan salah laku – dan bukannya satu panel yang dibentuk oleh SPRM.
Mat Zain bagaimanapun hairan kerana Mahathir dan Shafee memanggilnya untuk pertemuan tersebut kerana bukti yang mereka kehendaki sudahpun dilaporkan dengan meluaas.
Salinan akuan berkanun
"Ia boleh didapati dengan mudah di Internet dan mereka boleh cari surat terbuka saya. Susulan pertemuan itu, Shafee meminta salinan dokumen yang saya miliki dan saya mengirimnya kepada peguam itu pada 24 September,” kata bekas pegawai tinggi polis itu kepada Malaysiakini.

Susulan pertemuan 10 Ogos itu, Mat Zain membuat pengakuan berkanun berhubung perkara tersebut pada 7 Oktober.

Beliau mengirim salinan pengakuan berkanun tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dua hari kemudian.

Malaysiakini berpeluang melihat salinan pengakuan berkanun tersebut.

Salinan pengakuan berkanun tersebut juga dihantar kepada Peguam Cara Negara Datuk Idris Harun dan dipercayai turut diperolehi Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui seorang pembantu.

Malaysiakini telah menghubungi Shafee dan Chang untuk mendapatkan reaksi mereka.

Ironinya, Shafee dilantik oleh Gani untuk mengetuai pihak pendakwaan dalam rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepaskan Anwar dari dakwaan Liwat II.

Mat Zain memberitahu Malaysiakini bahawa pertemuan itu turut melibatkan kekalahan Malaysia dan kes Pulau Batu Puteh dan juga perkara yang mungkin menyebabkan kes tersebut disia-siakan oleh Gani.

Sementara itu, Ramli pada hari Jumaat lalu memfailkan saman ke atas Gani, Musa dan 10 yang lain kerana pendakwaan berniat jahat.

Panas : Caj Harga Astro Naik RM2 (Pakej Family) & Pakej Sukan (RM6) Bermula 24 November 2013!


astro naik
Jikalau sebelum ini, taikun gula Malaysia yang memegang konsesi gula di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary  telah pun berjaya mendapatkan pulangan di mana subsidi bagi harga gula telah pun dikurangkan sejumlah 34 sen yang mana selepas kadar keuntungan yang bakal diperolehi kelak mampu mengurangkan sedikit sebanyak kadar hutangnya yang dijamin kerajaan iaitu sejumlah RM35 bilion.
Kali ini taikun Astro & Maxis ini mengorak langkahnya apabila mula mengorak langkah apabila harga Astro naik sekali lagi….

Bayaran Bulanan Bagi Harga Astro Naik Bermula 24 November 2013

  • Bayaran bulanan Harga Astro naik RM2 (bagi pakej keluarga)
  • Bayaran bulanan Harga Astro naik RM6 (bagi pakej sukan)
  • Caj Astro akan mula naik bermula 24 November 2013 ini.
Masalah program berulang-ulang dan kadar siaran iklan yang semakin memenuhi ruang siaran di Astro adalah antara tindakan melampau pihak Astro ketika ini. Dan sehingga kini Astro masih belum berani “diusik” oleh sesiapa bagi memperbaiki perkhidmatan yang ditawarkan seleras dengan peningkatan kos langganan setiap bulan.
Masih kebal tanpa sebarang tindakan ketika ini…
Nampaknya ramalan terbukti benar merujuk kepada laporan berita di mana kos pelaburan yang tinggi bagi mendapatkan hak ekslusif EPL kini bakal ditanggung oleh kalangan peminat bola yang melanggan pakej sukan.
P/S : sepatutnya kerajaan letakkan paras had bagi nilai keuntungan Astro memandangkan mereka masih lagi memonopoli industri TV berbayar di Malaysia iatu sekitar RM1 bilion sahaja sehinggalah rival mereka seeprti Unifi dan ABN  berjaya memecah saiz pasaran yang dipegang Astro ketika ini.

IMEJ PERAYU UNDI UMNO/BN YANG BERUNSUR LUCAH




PRK N20 SUNGAI LIMAU.... IMEJ PERAYU UNDI UMNO/BN...SETAKAT ITULAH AKHLAK DAN MORAL MEREKA

APA YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH MEREKA INI DENGAN MENAYANGKAN SESUATU YANG TIDAK SEPATUTNYA DITAYANGKAN ATAU DISEBARKAN...

BUKANKAH ISLAM MENGAJAR KITA BAHAWA AKHLAK, IMAN DAN AKIDAH KITA TERGAMBAR DARIPADA APA YANG KITA LAKUKAN

EDISI KANTOI!!!! .. PRODUK BIHUN YANG DI AJAK BOIKOT KONONNYA KEPUNYAAN CINA DAP SEBENARNYA DIPENGERUSIKAN OLEH AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO!!!!





















Dalam keghairahan nak wujudkan suasana 
benci DAP konon sampaikan desak dan ajak 
rakyat Melayu boikot barangan keluaran 
syarikat yang dituduh sebagai kepunyaan 
Cina DAP akhirnya makan diri apabila syarikat 
pengeluar bihun terbesar negara produknya 
juga terlibat diajak boikot dipengerusikan oleh 
seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato' 
Sohaimi Sahadan.

Kini syarikat itu akan ambil tindakan mau 
menyaman blogger pro UMNO tersebut setelah 
selesai pemilihan UMNO 2013.

Kempen boikot produk bihun keluaran syarikat 
KBB Resources Bhd (KBB) telah berjalan agak lama 
juga tetapi dipercayai kerana pemilihan UMNO 
maka pihak syarikat hanya memekakkan telinga 
dan tutup mata sebelah.

Yan: Pengeluar bihun tempatan, KBB Resources 
Berhad (KBB) akan mengambil tindakan undang-undang 
terhadap pengendali laman blog yang memburukkan 
produk keluaran syarikat terbabit sehingga menyebabkan 
hasil perniagaan merosot sebanyak 20 peratus.

Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB, Ahmad Zaffry 
Sulaiman, berkata pihaknya memberi tempoh 14 hari 
kepada pengendali laman blog ‘Boikot Barangan DAP’ bagi 
memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan yang 
memburukkan produk syarikat itu.
Beliau berkata, pengendali laman blog berkenaan 
menyiarkan artikel mengenai barangan yang dikeluarkan 
syarikat itu yang didakwa sebagai produk syarikat yang 
diharamkan di Georgetown, Pulau Pinang.

“Kami adalah syarikat pengeluar bihun terbesar di negara 
ini dan mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara, 
malahan syarikat kami mempunyai sijil halal dan beroperasi 
dalam kawasan perindustrian. Bagaimanapun perniagaan 
kami merosot sebanyak 20 peratus kerana fitnah blog 
berkenaan yang mendakwa produk kami di keluarkan 
kilang bersebelahan kandang babi dan kilang itu ditutup.

“Lebih mengejutkan, blog berkenaan mendakwa kilang 
yang ditutup itu beroperasi kembali dengan nama KBB 
dan ini adalah fitnah dan kita mahu mereka menarik 
balik dakwaan itu,” katanya ketika ditemui di sini, 
semalam.

KBB yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditubuhkan 
20 tahun lalu dan mengeluarkan kira-kira 30 produk 
seperti bihun jenama EKA, Ekonomi, Cap Naga dan 
Burung Layang-Layang

Pengeluar bihun terbesar di Malaysia, KBB Resources Bhd. 
(KBB) optimis untuk mengekalkan penguasaan pasaran 
domestik dan merancang memasarkan produknya ke 
luar negara bagi memenuhi permintaan yang makin 
meningkat terhadap makanan tersebut.

Pengerusinya, Datuk Sohaimi Shahadan berkata, pasaran 
eksport sasarannya adalah ke beberapa negara jiran, 
Asia Barat selain Guangzhou, China.

Menurutnya, projek pengembangan pasaran itu bakal 
direalisasikan menjelang akhir tahun ini dan syarikat 
kini sedang menyusun strategi, termasuk mengumpul 
modal tambahan menerusi terbitan hak tidak lama lagi.

"Kita menyasarkan untuk mengumpul RM20 juta 
menerusi terbitan hak untuk tujuan pelaburan tambahan.

"Sebahagian besar daripada modal tambahan itu akan 
digunakan untuk perolehan mesin pembuatan baharu 
dan seterusnya dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran," 
katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Lembaga 
Pengarah KBB di Kilang Bihun Bersatu Sdn. Bhd., di Kawasan 
Perindustrian Kuala Ketil, dekat sini, semalam.

Sohaimi yang juga Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) 
dilantik sebagai Pengerusi baharu KBB berkuat kuasa 3 
Oktober lalu.

Beliau, buat masa ini, kapasiti pengeluaran rangkaian kilang 
KBB adalah sebanyak 2,000 tan metrik sebulan.

Katanya, jumlah tersebut dijangka dapat ditingkatkan 
sebanyak 30 peratus selepas perolehan mesin pembuatan 
baharu tidak lama lagi.

"Dengan peningkatan pengeluaran, ia dapat menampung 
tempahan daripada pasaran domestik dan selebihnya 
dieksport ke luar negara," katanya.

Tambah Sohaimi, kilang keluaran rangkaian KBB di Kuala 
Ketil dan Bedong di Kedah; Sibu, Mukah dan Batu Pahat 
sekarang mengeluarkan bihun jenama EKA dan 30 jenama 
lain yang turut meliputi produk tepung, laksa serta mee 
segera.

"Antara produk terbaharu adalah bihun Vietnam yang 
mendapat sambutan sangat menggalakkan daripada 
kalangan pekerja Vietnam di negara ini," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau memberitahu, 
KBB akan membuka peluang kepada usahawan yang 
berminat terutamanya bumiputera untuk membekalkan 
produk bihun dan laksa keluaran syarikat tersebut.

ADUN Kadamaian di Sabah tinggalkan PKR





Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Jeremmy Malajad hari ini mengumumkan keluar daripada PKR dan menjadi wakil Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
    
Jeremmy yang juga Ketua Penerangan PKR Sabah berkata perkara itu berkuatkuasa hari ini.
    
Beliau yang disertai oleh kira-kira 50 bekas pemimpin PKR Kadamaian berkata demikian dalam sidang media, di Kuala Belud.
    
Menurutnya keputusan beliau keluar daripada PKR adalah bagi memenuhi harapan rakyat di kawasannya yang mahukan pembangunan.    
    
"Sebagai wakil rakyat yang baru dipilih oleh rakyat, saya sedar tentang harapan tinggi rakyat di kawasan yang saya wakili untuk melihat perubahan dalam bidang pembangunan khususnya kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan air bersih, klinik desa dan banyak lagi pembangunan luar bandar yang menjadi isu semasa yang sentiasa dilaung-laungkan masyarakat Kadamaian," katanya.

Jeremmy berkata kejayaan BN menangani pelbagai isu yang dibangkitkan di negeri itu semasa pilihan raya umum ke-13 membuatkan beliau meneliti semula kedudukannya sebagai wakil rakyat PKR.  
    
"Saya sudah berjanji untuk menjadi wakil rakyat terbaik dalam memberi sumbangan dan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, dan saya percaya rakyat di Sabah semakin yakin dengan pendekatan dan kesungguhan kerajaan BN dalam
menyelesaikan isu berbangkit, katanya. 

Sambil menyatakan komitmennya tidak berubah dalam membantu rakyat di kawasannya, Jeremmy berkata beliau mahu terlibat secara langsung bagi merealisasikan pelbagai program transformasi yang dilaksana oleh kerajaan BN.
    
Dalam pilihan raya umum lepas, Jeremmy memperoleh 5,877 undi berbanding penyandang Timbon@Herbert Langadan daripada BN yang menerima 4,988 undi dalam pertandingan empat penjuru. 

Bernama

ANAK MORSI DILARANG MASUK KE MALAYSIA

Pihak berkuasa Mesir melarang anak bekas Presiden Mesir , Osama Morsi untuk datang ke Malaysia lapor agensi berita Mesir, Mena. 

Menurut agensi berita tersebut, arahan menyekat Osama itu datang daripada pemerintah negara berkenaan. 

Ia merupakan sekatan kali kedua dalam tempoh 24 jam yang dikenakan ke atas Osama.

Osama dikatakan mahu menaiki pesawat Egypt Air ke Malaysia semalam gagal melepasi pemeriksaan imigresen apabila namanya tersenarai antara individu yang tidak boleh keluar dari Mesir.

Sekatan serupa dikenakan pada Ahad lalu, tetapi pihak berkuasa lapangan terbang Kaherah memaklumkan Osama bahawa ia hanya kesilapan prosedur.

Osama yang mengulas tindakan Mesir itu berkata, ia adalah satu lagi siri pelanggaran undang-undang dan pencabulan hak asasi.

Beliau juga menegaskan kehadirannya di Malaysia untuk menyambung pelajaran dan tiada kaitan sebarang usaha dalam perbicaraan bapanya.

Bapanya, Mohamed Morsi, presiden pertama yang dilantik secara demokrasi bakal dibicarakan semula 9 Januari 2014 atas dakwaan mencetuskan perhimpunan yang mengakibatkan kematian.

Kelebihan 465 undi BN bernilai RM15 juta







ANALISIS Pada masa ini, BN mungkin boleh berpuas hati dengan kemampuan mereka mengurangkan hampir separuh majoriti PAS dalam pilihan raya kecil Sungai Limau.

PAS semalam menang dengan majoriti 1,084 undi berbanding 2,774 majoriti undi pada pilihan raya umum dalam bulan Mei yang lalu.

Sungai Limau yang mempunyai 19 daerah mengundi, menyaksikan PAS kehilangan empat daerah mengundi kepada BN - Sungai Limau, Kabu Sepuloh, Sedaka dan Padang Lumat.

Ironinya juga, PAS kini menguasai Sungai Limau dengan hanya menang di sembilan daerah mengundi berbanding BN yang menang di sepuluh daerah mengundi.

Bagaimana pun, analisis menunjukkan BN sebenarnya berbelanja terlalu besar untuk memperolehi peningkatan undi yang terlalu sedikit.

Menurut PAS, BN membelanjakan kira-kira RM15.5 juta dalam kempen mereka di Sungai Limau.

Jumlah itu meliputi RM5.5 juta untuk sekolah menengah agama, RM2.25 juta untuk sekolah jenis kebangsaan Cina, dan RM1.2 juta untuk sekolah-sekolah lain.

BN juga mengagihkan bantuan sebanyak RM2.8 juta untuk bantuan perumahan dan cermin mata percuma, RM802,700 untuk program Bantuan Azam Tani Mara, RM2.5 juta untuk tukun tiruan dan RM500,000 untuk jeti perikanan.

Selebriti 'gred B' 

Ia tidak termasuk RM300,000 untuk Masjid Simpang Empat, RM118,000 untuk guru-guru prasekolah agama Kafa dan 33 masjid, RM30,000 dalam bentuk pinjaman TEKUN serta RM19,700 dalam bentuk zakat dari Agrobank.

Malangnya, hasil daripada perbelanjaan ini hanya berjaya diterjemahkan kepada peningkatan sebanyak 465 undi buat BN- daripada 10,520 undi pada 5 Mei lalu kepada 10,985 undi semalam - jumlah yang terlalu sedikit jika dibandingkan dengan usaha serta wang yang disalurkan kepada pemilih di kawasan itu.

Dan jika jumlah RM15.5 juta itu dibahagikan dengan tambahan 465 tersebut, BN sebenarnya membelanjakan RM32,258 untuk setiap tambahan undi.

Tambahan 465 undi itu juga sebenarnya hanya satu pertiga daripada jumlah majoriti PAS yang berjaya dikurangkan BN iaitu sebanyak 1,690 undi.

Jadi di mana silapnya BN sehingga mereka masih gagal menawan Sungai Limau walaupun mengerahkan banyak jentera kerajaan untuk membantu kempen?

Sama ada BN sedar atau tidak, kempen yang berorientasikan pembangunan dan kemakmuran hidup tidak cukup untuk memujuk emosi majoriti pemilih di kawasan kubu kuat PAS itu.

Pemilih Sungai Limau tahu jualan murah gula dan tepung pada harga RM1 sekilo, dan jualan 5 kilogram beras pada harga RM5 sewaktu Karnival Luar Bandar Rakyat 1Malaysia sehari sebelum hari mengundi tidak akan berlaku setiap hari walaupun BN menang.

Mereka juga tahu bahawa persembahan barisan selebriti 'gred B' seperti Lan Pet Pet, Zehra Zamri, dan Achong Sweet Child sewaktu Himpunan Berani Hijrah Orang Muda Sungai Limau dua hari sebelum hari mengundi, sekadar hiburan picisan melepaskan batuk di tangga bagi memikat pengundi.
Godaan tawaran keduniaan

Buktinya, golongan muda yang menjadi sasaran program ini tidak juga memberikan kemenangan buat BN.

BN hanya berjaya diterima pemilih muda di kawasan kubu kuat mereka di Dulang Besar dan Dulang Kechil.

PAS, pada masa yang sama walaupun dilabel sebagai konservatif dan kurang memberikan tumpuan kepada pembangunan fizikal, berjaya menarik pengundi muda di banyak pusat mengundi, terutamanya di kubu kuat mereka di Bukit Besar dan Bukit Choras.

Dalam pilihan raya semalam juga, hanya 85.5 peratus (23,249) daripada keseluruhan pemilihan keluar membuang undi.

Soalnya, bagaimanakah 3,973 pengundi itu akan mengundi jika mereka membuang undi semalam?

Menjawab soalan ini, PAS mendakwa sekurang-kurangnya 3,666 orang penyokong mereka tidak mengundi semalam kerana ia jatuh pada hari Isnin yang merupakan hari bekerja.

Namun, BN juga merungut yang pemilihan hari mengundi ini turut mempengaruhi sokongan terhadap mereka dan bukan sahaja PAS.

Buat PAS, walaupun menang, hari-hari mendatang perlu dimanfaatkan sepenuhnya bermuhasabah bagi mencari diri dan mengukuhkan semula pengaruh mereka selepas 'bertahan' habis-habisan dalam pilihan raya kecil ini.

Buat BN pula, pengaruh wang dan janji-janji pembangunan bukanlah strategi yang ampuh untuk menawan kubu kuat PAS yang selalunya tidak tergoda dengan tawaran keduniaan sedemikian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...