muka

muka

Facebook Badge

TERBARU

Jumaat, 28 September 2012

GEMPAR BERAPI : SIAPAKAH VVIP DISEBELAH AMOI CUN??




Dalam gambar diatas tu ada sorang amoi cun.., disebelahnya pulak ada sorang VVIP di Penang.. Dan yang paling menarik, ditangan amoi cun tu ada segelas besar BEER..

Walawehh.., selalunya beer macam tu hanya boleh didapati dikelab-kelab malam ataupun PUB.. Adakah VVIP tersebut pengunjung setia Nite Club atau Pub?

So.., apakah kaitan VVIP tu dengan amoi cun tersebut? Adakah dia sekadar teman minum-minum.., ataupun teman tapi mesra? Mesra macam mana? Korang sendiri fikirlah beb... 


 Apabila hukum Islam diketepikan oleh pemerintah, inilah jadinya..hiburan boleh didapati dimana-mana..Mahukah anda suatu hari nanti ahli keluarga anda pula yang terlibat??jika tidak, jawapannya tolak umno..selama negara kita merdeka, pembangunan fizikal tidak selari dengan rohani..banyak gejala-gejala sosial yang dilaporkan..hakikatnya kerajaan bertanggungjawab dalam membendung masalah ini dari berleluasa..tolak umno, sejahtera Malaysia

GEMPAR BERAPI : ZED ZAIDI TERMAKAN BUDI NAJIB??






“Menjengah peranan karyawan, budayawan dan seniman dalam proses pembangunan negara, kita maklum bahawa kemajuan Malaysia tidak diukur semata-mata pada pendapatan perkapita dan pertumbuhan ekonomi. Ia turut diukur menggunakan pelbagai dimensi. Para karyawan memainkan peranan penting dalam meningkatkan peradaban nasional. Sebagai menghargai peranan mereka ini, Kerajaan bersetuju memperuntukkan sejumlah 6 juta ringgit sebagai bantuan pentadbiran dan kegiatan kepada semua persatuan yang berdaftar.” – petikan daripada pembentangan Bajet 2013.

“Selama 38 tahun, Seniman yang kini menaungi 5000 artis termasuk 30 000 pengiat seni yang lain terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan dana bagi menjalankan aktiviti untuk ahli. Kebiasaannya, kami menerima peruntukan sebanyak RM30 ribu setahun untuk urusan pentadbiran daripada pihak berkaitan. Bagaimanapun, pada tahun 2011 & 2012, kami tidak lagi menerima peruntukan tersebut atas alasan ketiadaan bajet. Jadi, kami terpaksa mendapatkan sendiri dana daripada sumber lain bagi menjayakan sesuatu aktiviti. Jadi, dimanakah keadilan sebenar untuk anak seni kerana kami juga adalah kelompok rakyat yang mengundi dan membayar cukai?”

Pada saya, suara anak seni dan seniman perlu diberikan perhatian sejajar dengan slogan kerajaan untuk mendahulukan rakyat. Kami adalah barisan depan yang berhadapan dengan rakyat melalui media massa seperti televisyen, radio, internet dan persembahan luar.

Sebagai contohnya, baru-baru ini Shila Amzah telah mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Secara tak langsung, kejayaan beliau memberikan sumbangan yang besar kepada negara sekaligus membantu ekonomi negara. Bagaimanapun, kami seperti dianaktirikan kerana kepulangannya ke tanah air tidak disambut secara besar-besaran seperti atlet yang berjaya di peringkat antarabangsa. Anak seni seperti kami juga wajar diberikan pengiktirafan!

Melalui pembentangan bajet 2013 sebentar tadi, jujur kata ia adalah satu kejayaan yang besar buat kami kerana akhirnya kerajaan memandang tinggi dan mengiktiraf kewujudan persatuan, terutamanya Seniman yang selama ini berjuang untuk kebajikan ahli-ahlinya.

Dengan bajet ini, kami dapat membantu anak seni yang berkebolehan mengembangkan lagi kareernya ke persada antarabangsa. Secara tak langsung, peruntukan ini dapat menganjakkan lagi industri seni ke satu tahap yang membanggakan.

Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana mendengar serta mempertimbangkan suara kami dalam pembentangan bajet sebentar tadi. Ini adalah hadiah kemenangan buat anak seni seluruh Malaysia!

Bagaimanapun, saya harap bajet ini dapat disalurkan terus kepada orang yang jujur, amanah serta telus untuk membantu anak seni tempatan tanpa sebarang birokrasi atau muslihat tersendiri. Sekiranya berlaku, saya akan berjuang sehabis habisnya!

Dan akhir kata, saya harap bajet seperti tadi akan diteruskan untuk tahun-tahun yang akan datang, bukan sekadar untuk menarik perhatian kami kerana musim pilihan raya,” ulas Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi yang dihubungi OHBULAN! melalui telefon, sebentar tadi.

ohbulan.com

panas : ampu, jangan tak ampu..lepas nie dah tak boleh ampu dah sebab inilah bajet terakhr umno selaku kerajaan..


PANAS : ISTERI ORANG DITANGKP DENGAN SUAMI ORANG




ALOR SETAR: Seorang wanita yang masih berstatus isteri orang sanggup menyewa sebuah bilik motel di Jalan Pegawai, di sini, kelmarin semata-mata untuk memuaskan nafsu seksnya dengan seorang lelaki yang baru dikenali empat hari lalu.

Suri rumah berusia 26 tahun itu dikatakan dalam proses bercerai dengan suaminya dan mempunyai seorang anak tetapi berani berduaan-duaan dengan lelaki lain di sebuah bilik motel.

Mereka akhirnya dicekup anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) dalam serbuan kira-kira jam 3 petang.

Wanita itu dikatakan terkejut apabila mengetahui pasangannya berusia 46 tahun dari Sungai Petani juga adalah suami orang dan mempunyai lima anak kerana sebelum ini, lelaki itu mendakwa masih bujang.

Wanita itu hanya mengetahui perkara itu ketika anggota penguat kuasa menyoal siasat mereka di pejabat agama sejurus selepas tangkapan.

Ketua Operasi Jaik, Md Nasir Md Dali berkata, berdasarkan maklumat diterima, anggotanya bergegas ke motel terbabit dan mendapati sebuah bilik berkunci serta tertutup rapat.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, pintu dibuka seorang lelaki yang mendakwa menyewa bersama `isterinya’.

“Selepas menyoal siasat pasangan itu, mereka akhirnya mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan apabila wanita terbabit mendakwa baru mengenali lelaki yang bekerja di sebuah syarikat swasta itu empat hari lalu manakala lelaki itu juga mengaku sudah berkeluarga.

“Ketika ditahan, wanita itu hanya sempat memakai tuala kerana terkejut apabila pintu bilik diketuk berkali-kali oleh anggota penguat kuasa dan tidak sempat memakai baju manakala keadaan katil pula berselerak,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, pasangan itu kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, di sini, untuk dibuat laporan sebelum dibawa ke pejabat agama untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 9(1)(2) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkurung hingga mendatangkan syak kepada orang ramai yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-dua sekali.

“Kami akan melakukan pemeriksaan lebih kerap dalam usaha mencegah maksiat,” katanya

PANAS : TAK HAIRAN DENGAN BERITA SEBEGINI, ACUAN YANG DIBENTUK OLEH KERAJAAN TERHADAP RAKYATNYA MENJURUS KEPADA MASALAH INI..MAHUKAH ANDA ISTERI ATAU SUAMI ANDA PULA YANG DITANGKAP KHALWAT??JIKA TIDAK, TOLAK UMNO, SEJAHTERA MALAYSIA.

Jutawan Sarawak nafi sewa jet untuk Anwar


KUCHING 28 Sept. - Hartawan Sarawak, Datuk Sng Chee Hua menafikan sekeras-kerasnya dakwaan mengatakan beliau adalah individu yang menyewakan jet eksekutif untuk kegunaan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau yang merupakan Penasihat Parti Pekerja Sarawak (SWP) yang ditubuhkan baru-baru ini turut menegaskan, Ketua Pembangkang itu tidak mempunyai sebarang hubungan politik dengannya.

"Saya tiada kaitan politik dengan Anwar walaupun beliau masih kawan saya. "Begitu juga Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga kawan saya," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Akhbar semalam melaporkan spekulasi mengaitkan Chee Hua dengan urusan penyewaan jet eksekutif itu selama dua hari dengan nilai RM96,000 sewaktu Anwar berkunjung ke Sabah pertengahan bulan lalu. 

Laporan itu turut memuatkan kenyataan seorang anak Chee Hua iaitu Larry Sng Wei Shien yang menjelaskan beliau tidak berhak bercakap bagi pihak bapanya. 

Namun, Wei Shien yang merupakan Presiden SWP menjelaskan, setahu beliau, bapanya yang merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelagus dan Ahli Parlimen Julau itu tidak terlibat. 

Spekulasi mengenai penglibatan Chee Hua timbul apabila sumber dalaman syarikat penyedia perkhidmatan itu, Tjets Sdn. Bhd. (Tjets), mendakwa tempahan tersebut dibuat seorang lelaki dari Sarawak. Lelaki itu kini dikatakan menghilangkan diri apabila isu berkenaan diperkatakan media selain belum melunaskan bayaran sewa jet itu.-UTUSAN

PANAS : AKSI NORA DANISH BERPAKAIAN BAJU SEKOLAH






nora danish
nora danish

nora danish

nora danish

GEMPAR BERAPI : 2 BERADIK PELUK KEKASIH




KUALA LUMPUR: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing. 


Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian.

Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.
Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat. Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan

Skandal mata wang: AMK tuntut Bank Negara jawab kerugian RM5.7b

Oleh Norutul Ilham
KUALA LUMPUR 26 September: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menggesa Gabenor Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menjelaskan kerugian RM5.7 bilion Bank Negara Malaysia (BNM) melalui dagangan mata wang asing atau forex seperti yang didedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang Parlimen Isnin lalu.

Tuntutan itu antara kandungan memorandum yang diserahkan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin kepada BNM, hari ini

“Secara rasmi kami serah memorandum ini kepada Gabenor BNM melalui Pengarah Strateginya menuntut BNM mendedahkan siapa yang mengarahkan Tan Sri Jaffar Hussein menghentikan serta merta amalan perniagaan tukaran mata wang Malaysia,” kata Shamsul

BNM juga dituntut menjelaskan berhubung penyelewengan mata wang secara besar-besaran.
“Adakah berlakunya penyelewengan mata wang secara besar-besaran dengan penglibatan atau sebarang campur tangan atau penyembunyian fakta dan aktiviti pertukaran perdagangan pasaran asing yang akhirnya menyebabkan Tan Sri Jaafar meletakkan jawatan,” kata Shamsul.
Katanya, dengan pendedahan dan penjelasan berhubung penyelewengan itu dapat membersihkan nama Anwar yang sengaja dikaitkan dengan kerugian wang tersebut padahal beliau waktu itu masih belum dilantik Menteri Kewangan.
“Ini bagi membersihkan nama baik Ketua Pembangkang selaku Menteri Kewangan (1991-1998) sebelum dipecat pada 1998, kononnya terlibat dan bertanggungjawab dengan aktiviti penukaran mata wang asing sehingga menyebabkan kerugian.
“Padahal kerugian itu dilakukan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin (1984-1991) atas restu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah seksyen forex seliaan Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, yang kini menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri menyelia Unit Perancangan Ekonomi,” katanya.
Keadilan Daily sebelum ini melaporkan arahan diberikan kepada Gabenor Bank Negara, Tan Sri Jaafar Hussein untuk mengundurkan diri ekoran krisis kerugian RM30 bilion akibat urusniaga pertukaran asing pada 1992.
Kata Anwar, meskipun menyebabkan kerugian, Mahathir selaku Perdana Menteri ketika itu mempertahankan skandal berkenaan.
Anwar juga menegaskan bahawa individu utama dalam kes tersebut ialah bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dan juga Tan Sri Nor Mohamed Yakcop yang mengetuai Jabatan Perdagangan Mata Wang di Bank Negara ketika itu.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=36933

Bajet: Intipati Belanjawan 2013


28 September 2012
Najib mula bentang Bajet 2013
Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah (kiri) berkenan menerima mengadap Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menyerahkan Laporan Belanjawan 2013 -Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang membentangkan Bajet 2013 di Dewan Rakyat.
Terdahulu beliau tiba di lobi Bangunan Parlimen pada 3.45 petang.
Najib yang juga Menteri Kewangan, yang diiringi Timbalan-timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Donald Lim, disambut oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan menteri-menteri kabinet.
Beliau yang berpakaian baju Melayu berwarna hijau sambil membimbit beg berwarna hitam, kelihatan tenang dan ceria ketika berjalan menuju ke Dewan Rakyat.
Najib turut memberi gaya istimewa sambil menunjukkan beg bimbitnya ketika dipanggil oleh jurugambar yang menunggu ketibaannya sejak 3 petang.
Pembentangan Belanjawan 2013 hari ini dijangka memberi impak positif kepada ekonomi negara selain membawa impak yang baik kepada masyarakat.
Belanjawan itu antara lain dijangka meneruskan dasar afirmatif yang diperkenalkannya sejak tiga tahun lepas untuk terus meningkatkan kualiti kehidupan rakyat Malaysia
1.Bagi rancakkan lagi akses syarikat ke pasaran modal, tambahan dana modal Danajamin Nasional Bhd RM400 juta dalam 2 tahun

2. Malaysia diunjur berkembang sehingga 5.5 peratus

3. Kerajaan Persekutuan akan catat defisit fiskal rendah 4.0 peratus daripada KDNK




Tema Belanjawan 2013 ialah "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati".

* Peruntukan RM251.6 bilion bagi melaksanakan semua langkah, program dan projek pembangunan.

* RM201.9 bilion diperuntukkan bagi perbelanjaan mengurus dan RM49.7 bilion bagi peruntukkan pembangunan.

* RM58.6 bilion diperuntukkan bagi Emolumen dan RM33.7 bilion bagi perkhidmatan dan bekalan.


* RM30 bilion diperuntukkan bagi sektor ekonomi untuk menampung keperluan infrastruktur perindustrian serta pertanian dan pembangunan luar bandar

* RM11.1 bilion diperuntukkan bagi sektor sosial termasuk pendidikan dan latihan, kesihatan, kebajikan, perumahan serta pembangunan masyarakat.

* RM4.6 bilion diperuntukkan bagi pembangunan sektor keselamatan, RM2 bilion bagi pentadbiran am dan RM2 bilion untuk simpanan luar jangka.

* Kerajaan akan terus memperhebat pelaksanaan 12 Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA) negara.

* RM3 bilion diperuntukkan bagi pelaksanaan Projek Permulaan, termasuk RM1.5 bilion bagi projek pertanian seperti kelapa sawit, getah, herba bernilai tinggi dan padi.

* RM500 juta diperuntukkan bagi projek River of Life bagi mengindahkan Sungai Klang, RM300 juta untuk projek pemulihan rangkaian paip dan pembetungan bagi perkhidmatan dan kemudahan air.

* RM358 juta diperuntukkan di bawah perbelanjaan pembangunan sempena Tahun Melawat Malaysia 2013/2014.

* Lanjutan pengecualian cukai pendapatan selama tiga tahun bagi pengusaha pelancongan yang mengendalikan sekurang-kurangnya 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan setahun.

*  Memberi penekanan kepada sektor pertanian untuk meningkatkan pendapatan negara dan memastikan kelestarian jaminan bekalan makanan. RM5.8 bilion diperuntukkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

* RM30 juta diperuntukkan bagi pembangunan program pertanian merangkumi aplikasi penggunaan teknologi tinggi dalam pengeluaran buah dan sayuran, peningkatan bekalan benih berkualiti, kestabilan harga melalui jualan terus dari ladang, pewujudan pasar ikan rakyat serta penambahbaikan institusi latihan pertanian.  
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...